1 SEKOLAH 1 BLOG :
KE ARAH TRANFORMASI PERKHDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Peluang Pendidikan Terkini

Takwim

Saturday 16 July 2011

Program : Kejelekitan Remaja 1 Malaysia




Pada 16 Julai 2011, pelajar-pelajar Tingkatan 4 Sekolah Menengah Tunku Abdul Rahman Putra (STAR Putra) yang terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina dan India diberi peluang untuk menjalankan satu aktiviti secara bersama-sama supaya wujudnya kemesraan dan kejelekitan sesama mereka. Pendedahan ini juga perlu supaya mereka saling mengenali budaya dan adat resam rakan-rakan yang bukan sebangsa dengan mereka dan memudahkan mereka bergaul tanpa mengambil kira perbezaan budaya, agama dan bangsa. Selain itu juga, ini memberi peluang kepada pelajar-pelajar tingkatan 4 yang baru mendaftar sebagai pelajar di sekolah ini pada tahun ini untuk memahami dan menyesuaikan diri dengan budaya sekolah ini.