UBK SMK Tunku Abdul Rahman Putra
45200 Sabak Bernam, Selangor Darul Ehsan | Tel : 03-31231814 Faks : 03-31231810 E-mel : pengetua@smktarpsb.edu.my Web : http://www.smktarpsb.edu.my
1 SEKOLAH 1 BLOG :
KE ARAH TRANFORMASI PERKHDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
Peluang Pendidikan Terkini
Takwim
Thursday, 22 March 2012
Friday, 2 March 2012
PANDUAN PERMOHONAN SALINAN KEPUTUSAN
- Sijil (SPM/MCE) atau pernyataan asal (PMR/SRP/LCE) hanya dicetak sekali sahaja bagi peperiksaan awam yang dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan. Salinan keputusan SPM / MCEdikeluarkan bagi menggantikan sijil yang hilang atau rosak. Sementara bagi peperiksaan PMR/SRP/LCE hanya salinan pernyataan keputusan sahaja yang boleh dipohon.
- Surat sumpah atau laporan polis yang asal perlu dikemukakan sekiranya permohonan dibuat melalui pos atau mewakilkan kepada orang lain untuk membuat permohonan. Walau bagaimana pun surat sumpah atau laporan polis tidak diperlukan sekiranya pemohon datang sendiri. Pemohon hanya perlu menunjukkan kad pengenalan sebagai bukti.
- Surat sumpah atau laporan polis hendaklah mengandungi maklumat berikut:
- Nama penuh yang digunakan semasa mengambil peperiksaan
- Nombor kad pengenalan lama dan baru
- Tarikh lahir
- Nombor pusat mengambil peperiksaan dan angka gilliran
- Nama peperiksaan
- Nama sekolah dan tahun mengambil peperiksaan.
- Sertakan bersama salinan pernyataan atau sijil (sekiranya ada) untuk rujukan.
- Bayaran proses RM10.00 (Ringgit Malaysia Sepuluh Sahaja) dikenakan bagi setiap helaian salinan keputusan yang dipohon. Bayaran boleh dibuat menggunakan Wang Pos (Postal Order) atau Kiriman Wang Pos (Money Order) atas nama ‘PENGARAH PEPERIKSAAN'. Cek persendirian tidak diterima. Bayaran Tunai juga diterima di kaunter Lembaga Peperiksaan di lobi Blok E11, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya.
- Lembaga Peperiksaan tidak akan mengeluarkan salinan keputusan atau salinan pernyataan keputusan jika didapati mana-mana peraturan di atas tidak dipatuhi atau butir-butir yang dikemukakan tidak benar. Wang proses permohonan tidak akan dikembalikan.
> Untuk maklumat lanjut, sila hubungi : 0388843526 / 0388843528
Untuk Muat Turun Borang Mendapatkan Salinan Keputusan Peperiksaan > Tampal Alamat URL Ini Ke Tab Baru http://www.moe.gov.my/lp/files/borang/arkib/BorangPermohonanSalinanKeputusan.pdf
Friday, 21 October 2011
Wednesday, 5 October 2011
Tahniah STAR Putra : Tempat ke-3
Tahniah kepada semua GBKSM STAR Putra dan kepada semua pelajar yang bertungkus lumus menyiapkan blog kita ini. Kita telah berjaya mendapat tempat yang ke-3 daripada 10 buah daerah yang bertanding pada Pertandingan Pembinaan Blog (Out-Reach) Bimbingan & Kaunseling Peringkat Negeri Selangor yang diadakan di SMV Sungai Buloh. Tahniah sekali lagi.
Tempat Pertama :
SMK Seafield, Petaling Perdana
Tempat Kedua :
SMK Ampang Pecah (Bestari), Hulu Selangor
Tempat Ketiga :
SMK Tunku Abdul Rahman Putra, Sabak Bernam
Tempat Pertama :
SMK Seafield, Petaling Perdana
Tempat Kedua :
SMK Ampang Pecah (Bestari), Hulu Selangor
Tempat Ketiga :
SMK Tunku Abdul Rahman Putra, Sabak Bernam
Sunday, 2 October 2011
KURSUS PENGURUSAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA PERINGKAT DAERAH
PRS : Satu kursus pengurusan PRS peringkat daerah telah diadakan di Hay Resort kepada guru-guru kaunseling di daerah Sabak Bernam . StarPutra telah diamanahkan untuk mengendalikan slot ini . Program ini diadakan bertujuan untuk merekayasa pengurusan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah masing-masing . Pelbagai input berguna berjaya dikongsi bersama untuk di laksanakan di sekolah masing-masing .
Pn Nooredah bt Saad Guru Kaunseling Sepenuh Masa StarPutra sedang menyampaikan taklimat tentang pengurusan Pembimbing Rakan Sebaya .
AJK tertinggi PRS yang terlibat dalam mengendalikan program peringkat daerah
Kerjasama yang diberikan oleh guru-guru dan pegawai PPD ketika ice-breaking .
PRS berjaya mengemudi salah satu slot dalam kursus yang dijalankan .
PROGRAM SILATURAHIM PRS BERSAMA PRS SMK DATO' MUSTAFA
Prs Star Putra dijemput sebagai fasilitator mengendalikan Latihan Dalam Kumpulan di Sekolah Menengah Dato' Mustafa sebagai pengisian program . Hubungan yang erat terjalin melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan . Pengalaman yang bermakna ini akan menjadi kenangan antara PRS dari kedua-dua buah sekolah .
para peserta kursus sedang menyanyikan lagu tema PRS
Saudara Muhammad Azizi Solehin , pengerusi PRS Star Putra sedang memberi taklimat sebelum mengendalikan ice-breaking .
Fasilitator sedang memberi tunjuk cara semasa mengedalikan
ice-breaking .
Pengendalian LDK oleh Pn Nooredah Bt Saad , guru Kaunseling sepenuh masa Star Putra
Program seperti ini bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara PRS dalam daerah malah dapat mengembangkan bakat dalam mengendalikan modul PEMBIMBING RAKAN SEBAYA .
Friday, 30 September 2011
Penguman - PRS Sesi Petang
Satu perjumpaan akan diadakan seperti berikut :
Tarikh : 5 Oktober 2011
Masa : 12.00 tengahari
Tempat : Bilik UBK
Tarikh : 5 Oktober 2011
Masa : 12.00 tengahari
Tempat : Bilik UBK
Program : Akulah Bintang
Remaja adalah aset penting bagi sesebuah negara. Ia merupakan modal yang perlu dijana dan dibimbing bagi melahirkan insan yang berkaliber, dedikasi dan berpendidikan agar mereka menjadi pemimpin generasi akan datang. Matlamat utama program "Akulah Bintang" ialah bagi melahirkan generasi dari golongan anak- anak ASNAF yang memiliki daya ketahanan mental , emosi dan sahsiah yang tinggi untuk bersaing dengan pelbagai rintangan dalam kehidupan mereka hari ini. Program ini secara tidak langsung akan memberi keyakinan yang tinggi kepada remaja dalam mengenali potensi diri mereka, menonjolkan jati diri positif dan memainkan peranan positif dalam keluarga.
Program Pemantapan Pembimbing Rakan Sebaya
Peserta-peserta "TOT" dan tenaga-tenaga pengajar yang turut terlibat dalam menjayakan program ini
Antara aktiviti-aktiviti yang dilakukan.
Sesi bergambar bersama fasilitator-fasilitator yang terlibat dalam program ini.
"TOT" ataupun Training Of Trainers yang telah diadakan pada 12 hingga 14 Ogos 2011 bersifat pengetahuan , teknik dan aplikasi dalam pelajaran dan juga kehidupan pelajar. Hal ini dapat dilihat selaras dengan matlamat yang ingin dicapai oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling bagi melahirkan pelajar yang mempunyai tahap komunikasi dan kepimpinan yang baik dan juga semangat juang yang tinggi. Hal ini seterusnya diharap dapat melahirkan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Rahman Putra yang berketerampilan dari segi kepimpinannya dan juga keperibadian yang boleh dijadikan contoh teladan yang baik.
Thursday, 29 September 2011
Program Merekayasa Bimbingan & Kaunseling Negeri Selangor - Mobile
Subscribe to:
Posts (Atom)