1 SEKOLAH 1 BLOG :
KE ARAH TRANFORMASI PERKHDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Peluang Pendidikan Terkini

Takwim

Friday 21 October 2011

Pemantau UBK

Oleh
Tn Hj Azman Mashuri
Ketua Unit SPK PPDSB

Wednesday 5 October 2011

Tahniah STAR Putra : Tempat ke-3

Tahniah kepada semua GBKSM STAR Putra dan kepada semua pelajar yang bertungkus lumus menyiapkan blog kita ini.  Kita telah berjaya mendapat tempat yang ke-3 daripada 10 buah daerah yang bertanding pada Pertandingan Pembinaan Blog (Out-Reach) Bimbingan & Kaunseling Peringkat Negeri Selangor yang diadakan di SMV Sungai Buloh.  Tahniah sekali lagi.

Tempat Pertama :
SMK Seafield, Petaling Perdana

Tempat Kedua :
SMK Ampang Pecah (Bestari), Hulu Selangor

Tempat Ketiga :
SMK Tunku Abdul Rahman Putra, Sabak Bernam


Sunday 2 October 2011

KURSUS PENGURUSAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA PERINGKAT DAERAH

PRS : Satu kursus pengurusan PRS peringkat daerah telah diadakan di Hay Resort kepada guru-guru kaunseling di daerah Sabak Bernam . StarPutra telah diamanahkan untuk mengendalikan slot ini . Program ini diadakan bertujuan untuk merekayasa pengurusan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah masing-masing . Pelbagai input berguna berjaya dikongsi bersama untuk di laksanakan di sekolah masing-masing .

Pn Nooredah bt Saad Guru Kaunseling Sepenuh Masa StarPutra sedang menyampaikan taklimat tentang pengurusan Pembimbing Rakan Sebaya .


AJK tertinggi PRS yang terlibat dalam mengendalikan program peringkat daerah

Kerjasama yang diberikan oleh guru-guru dan pegawai PPD ketika ice-breaking .


PRS berjaya mengemudi salah satu slot dalam kursus yang dijalankan . 

PROGRAM SILATURAHIM PRS BERSAMA PRS SMK DATO' MUSTAFA

Prs Star Putra dijemput sebagai fasilitator mengendalikan Latihan Dalam Kumpulan di Sekolah Menengah Dato' Mustafa sebagai pengisian program . Hubungan yang erat terjalin melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan . Pengalaman yang bermakna ini akan menjadi kenangan antara PRS dari kedua-dua buah sekolah .

para peserta kursus sedang menyanyikan lagu tema PRS 

Saudara Muhammad Azizi Solehin , pengerusi PRS Star Putra sedang memberi taklimat sebelum mengendalikan ice-breaking . 

Fasilitator sedang memberi tunjuk cara semasa mengedalikan 
ice-breaking . 

Pengendalian LDK oleh Pn Nooredah Bt Saad , guru Kaunseling sepenuh masa Star Putra

Program seperti ini bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara PRS dalam daerah malah dapat mengembangkan bakat dalam mengendalikan modul PEMBIMBING RAKAN SEBAYA .