1 SEKOLAH 1 BLOG :
KE ARAH TRANFORMASI PERKHDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Peluang Pendidikan Terkini

Takwim

Friday 30 September 2011

Penguman - PRS Sesi Petang

Satu perjumpaan akan diadakan seperti berikut :

Tarikh : 5 Oktober 2011
Masa : 12.00 tengahari
Tempat : Bilik UBK

Program : Akulah Bintang

Remaja adalah aset penting bagi sesebuah negara. Ia merupakan modal yang perlu dijana dan dibimbing bagi melahirkan insan yang berkaliber, dedikasi dan berpendidikan agar mereka menjadi pemimpin generasi akan datang. Matlamat utama program "Akulah Bintang" ialah bagi melahirkan generasi dari golongan anak- anak ASNAF yang memiliki daya ketahanan mental , emosi dan sahsiah yang tinggi untuk bersaing dengan pelbagai rintangan dalam kehidupan mereka hari ini. Program ini secara tidak langsung akan memberi keyakinan yang tinggi kepada remaja dalam mengenali potensi diri mereka, menonjolkan jati diri positif dan memainkan peranan positif dalam keluarga.

Program Pemantapan Pembimbing Rakan Sebaya

Peserta-peserta "TOT" dan tenaga-tenaga pengajar yang turut terlibat dalam menjayakan program ini

Antara aktiviti-aktiviti yang dilakukan.

Sesi bergambar bersama fasilitator-fasilitator yang terlibat dalam program ini.

"TOT" ataupun Training Of Trainers yang telah diadakan pada 12 hingga 14 Ogos 2011 bersifat pengetahuan , teknik dan aplikasi dalam pelajaran dan juga kehidupan pelajar. Hal ini dapat dilihat selaras dengan matlamat yang ingin dicapai oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling bagi melahirkan pelajar yang mempunyai tahap komunikasi dan kepimpinan yang baik dan juga semangat juang yang tinggi. Hal ini seterusnya diharap dapat melahirkan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Rahman Putra yang berketerampilan dari segi kepimpinannya dan juga keperibadian yang boleh dijadikan contoh teladan yang baik.

Wednesday 28 September 2011

Pengumuman - Mobile

As Salam,

PRS dijemput untuk menghadiri Karnival Merekayasa B&K di SMV Sg Buloh pada 3 Oktober. Yang berminat boleh dapatkan borang kebenaran ibubapa daripada Tn. Hj. Nazri dengan segera.

Tkr.

Mesyuarat Pelarasan Merekayasa Daerah Sabak Bernam - Mobile

Saturday 24 September 2011

Program Rimup Peringkat Daerah







Pilihan Aliran SBPI Tahun 2012


PILIHAN ALIRAN

Aliran Pakej Mata Pelajaran
Sains Tulen Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik,
Sejarah, Pend. Islam/Moral, Fizik, Kimia, Biologi,
Matematik Tambahan, EST (pilihan)
Sains Tulen
(Agama
)
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik,
Sejarah, Fizik, Kimia, Biologi,Matematik Tambahan, Bahasa Arab Tinggi, Pend. Al-Quran & Sunnah,
Pengajian Syariah.
Agama Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik,
Sejarah, Sains,Bahasa Arab Tinggi, Pend. Al-Quran & Sunnah,Pengajian Syariah, Prinsip Perakaunan,
Ekonomi Asas, Matematik Tambahan
Sains Teknikal Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik,
Sejarah, Pend. Islam/Moral, Fizik, Kimia,
Lukisan Kejuruteraan, Teknologi Kejuruteraan,
EST (pilihan).

1. Sila isi semua maklumat yang diperlukan dengan betul dan tepat.
2. Kesilapan mengisi borang permohonan adalah tanggungjawab  pemohon.
3. Setiap borang permohonan mesti ditandatangani oleh pemohon dan dihantar kepada Pengetua untuk disahkan.
4. Pihak sekolah akan menghantar borang yang telah disahkan kepada PPD atau JPN.


Thursday 22 September 2011

Definisi Bimbingan & Kaunseling


Suatu proses perhubungan menolong yang sistematik berasaskan prinsip psikologi. Ia dijalankan oleh kaunselor profesional bagi membantu perkembangan dan penyesuaian peribadi klien yang baik dan menyeluruh. Pertemuan adalah secara sukarela dan berterusan sepanjang hayat berlandaskan Etika Kaunseling.
 
Kaunseling bukan bererti nasihat, walaupun terdapat nasihat yang diberikan. Malah kaunselor tidak memberi jawapan secara langsung kepada semua persoalan klien, kerana apa yang baik untuk kaunselor tidak semestinya baik juga untuk klien . Keistimewaan khidmat kaunseling ialah ia membimbing klien mencari sumber dirinya yang menyumbang kepada isu yang dihadapi. Penerimaan dan perakuan sumber diri adalah penting dalam menghasilkan perubahan diri.
 
Oleh kerana kaunseling bukan nasihat, hubungan kaunseling adalah berbentuk dua hala. Kaunselor cuba memahami dengan mendengar dan memberikan layanan serta interaksi yang baik, manakala klien memberihalkan masalah mereka dan cuba memahami dan mengambil tindakan menguruskan masalah tadi. Proses aksi dan reaksi di antara klien dan kaunselor turut membantu klien mengenali diri dan persoalan yang dihadapinya.

Tuesday 13 September 2011

Model Baru RIMUP akan diperkenalkan - KPM

Sebanyak lima belas resolusi untuk mengukuhkan perpaduan kaum menerusi pendidikan telah diputuskan oleh seramai 240 peserta yang menghadiri Seminar Merekayasa Rancangan Intergrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) peringkat kebangsaan yang berakhir pada hari Selasa, 13 September 2011.

Seminar tersebut telah berlangsung selama tiga bermula Ahad (11 September) di sebuah hotel di Klang dihadiri oleh kakitangan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan kakitangan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional seluruh Negara (JPIN).

Seminar itu turut membincangkan tiga kertas kerja iaitu Strategi Perpaduan Negara oleh JPIN; Program Integrasi: Teori dan Pelaksanaan oleh Universiti Putra Malaysia; dan Pelaksanaan Program RIMUP oleh KPM.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Ir Wee Ka Siong semasa berucap menutup seminar tersebut menjelaskan bahawa “sekolah merupakan salah sebuah institusi yang mampu menjadi agen berkesan kea rah menyatupadukan murid-murid pelbagai kaum di negara ini.

“Sekolah juga memainkan peranan yang penting dan berkesan dengan meletakkan agenda integrasi dan perpaduan sebagai agen paling utama ke arah melahirkan masyarakat yang bersatu padu, aman dan sejahtera.”

Perpaduan merupakan agenda yang amat penting dan menurut Dr Wee lagi, “perlu disemai pada peringkat awal lagi,” dan “perpaduan merupakan faktor penting dalam memacu kemajuan sesebuah negara, tanpa mengira bangsa, agama dan kebudayaan.”

RIMUP telah pun mula dilaksanakan oleh KPM di peringkat sekolah pada tahun 1986, dan usaha menilai semula keberkesanan yang diadakan menerusi seminar tiga hari itu berjaya memberikan fokus baru sejajar dengan perkembangan semasa termasuk kesepadanan dengan gagasan 1 Malaysia.

Sebelum itu, perpaduan turut dijadikan teras utama dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2000-2006 “Membina Negara Bangsa” dan terus diperkemaskan menerusi Program Transformasi Kerajaan (GTP).

Seramai 240 orang guru, wakil PIBG dan JPNIN yang menghadiri seminar tersebut telah merumuskan bahawa RIMUP perlu diperkemas dan ditambahbaikkan pelaksanaannya bagi membolehkan perpaduan wujud dalam masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum, budaya, agama dan wilayah.
Resolusi tersebut ialah:

1. Bagi menggalakkan lagi penyertaan masyarakat setempat, para guru dan murid serta warga sekolah dalam program RIMUP, organisasi PIBG perlu menubuhkan biro RIMUP dalam struktur organisasinya supaya penglibatan PIBG dapat ditingkatkan lagi bagi menyokong aktiviti yang dilaksanakan oleh pihak sekolah. Selain itu, pihak sekolah perlu mengadakan pelbagai promosi proram RIMUP dan kempen kesedaran supaya masyarakat setempat dapat mengetahui dan turut serta. Lokasi aktiviti RIMUP yang dilaksanakan perlu menggunakan lokasi umum seperti balai raya, dewan serbaguna, padang awam dan seumpamanya bagi tujuan memudahkan pihak masyarakat setempat turut serta;

2. Sekolah-sekolah swasta perlu dilibatkan sama dalam semua aktiviti RIMUP dan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia perlu memberikan penekanan kepada sekolah-sekolah ini dalam usaha mewujudkan integrasi nasional dalam pelbagai kaum di semua jenis sekolah. Aktiviti RIMUP juga perlu dilaksanakan sepanjang tahun secara berterusan;

3. Pihak pentadbiran sekolah perlu memberikan kerjasama dalam perkongsian kemudahan, peralatan, tenaga dan kepakaran bagi memastikan semua aktiviti RIMUP yang dilaksanakan secara bersama mencapai matlamatnya. Senarai kemudahan, peralatan dan kepakaran setiap sekolah perlu disediakan dan dikongsi dengan sekolah yang terlibat. Penggunaan kemudahan, peralatan dan kepakaran secara kolektif akan dapat menjamin kejayaan aktiviti yang dilaksanakan. Selain itu, penggunaan prasarana daripada pihak luar seperti agensi swasta dan kerajaan juga perlu diusahakan supaya tanggung jawab sosial dapat disalurkan untuk kepentingan perpaduan nasional;

4. Tidak dapat dinafikan bahawa pelaksanaan RIMUP daripada aspek domain akademik dapat menyumbang kepada integrasi nasional. Oleh itu, pihak sekolah perlu meningkatkan lagi aktiviti yang berkaitan dengan akademik seperti bimbing akademik, program motivasi, seminar menjawab soalan peperiksaan dan sebagainya. Program mentor-mentee yang melibatkan guru dan murid daripada pelbagai kaum dapat mengeratkan lagi perpaduan nasional disamping boleh membantu meningkatkan kecemerlangan akademik murid;

5. Pihak sekolah perlu menggalakkan penglibatan ibu bapa dan komuniti daripada pelbagai kaum dalam program kecemerlangan akademik yang dianjurkan melalui kerjasama PIBG. Kehadiran ahli masyarakat ini secara langsung sebagai jawatan kuasa dan pelaksana program akan dapat memberikan sokongan moral, bimbingan dan nasihat kepada murid;

6. Aktiviti program RIMUP perlu memanfaatkan penggunaan ICT dengan optimum dalam usaha melibatkan murid pelbagai kaum untuk berinteraksi melalui laman web sekolah, laman web sosial dan penggunaan khidmat pesanan ringkas (sms) serta penggunaan emel. Selain itu, integrasi kaum juga dapat dipupuk melalui pertandingan yang dianjurkan seperti pertandingan rekacipta yang berunsurkan budaya pelbagai kaum (rekacipta tanglung, wau, kaligrafi, khat dan sebagainya);

7. Penglibatan ahli masyarakat pelbagai kaum terutamanya ibu bapa dalam aktiviti kokurikulum dapat meningkatkan peluang untuk berinteraksi antara satu sama lain. Mereka boleh dilibatkan dalam aktiviti perkhemahan, pameran dan permainan yang berunsurkan kebudayaan pelbagai kaum. Pihak sekolah perlu memainkan peranan dalam usaha melibatkan ahli masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum dalam aktiviti kokurikulum;

8. Aktiviti sukan dan permainan tradisional kaum Cina dan India perlu diperkenalkan dengan lebih banyak supaya kaum lain dapat berkongsi dan mengenali budaya kaum tersebut. Masyarakat setempat juga perlu dilibat dengan lebih banyak dalam pelaksanaan aktiviti tersebut. Selain itu, sekolah juga perlu mengadakan jaringan kerjasama dengan persatuan sukan dan kebudayaan daripada pelbagai kaum dalam usaha menambahkan lagi jenis dan kepelbagaian sukan dan permainan tradisional pelbagai kaum. Guru-guru sekolah juga perlu diberikan pendedahan dalam bidang sukan dan permainan tradisional pelbagai kaum ini;

9. Bagi meningkatkan lagi penghayatan murid pelbagai kaum terhadap nilai patriotisme, pihak sekolah perlu mengadakan pelbagai program yang menjurus kepada penghayatan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kelab Rukun Negara perlu ditubuh dan diaktifkan bagi mengendalikan pelbagai program berkaitan aktiviti patriotik seperti Bulan Kemerdekaan dan majlis membaca ikrar. Lagu-lagu patriotik didapati tidak popular dalam kalangan murid sekolah. Oleh itu, satu usaha bagi memperkenal dan mempopularkan lagu-lagu patriotik dalam kalangan murid sekolah pelbagai kaum perlu dimulakan, contohnya dalam perhimpunan rasmi sekolah setiap minggu;

10. Murid sekolah juga didapati kurang mengenali dan menghayati lambang-lambang negara seperti bendera dan jata negara. Oleh itu, lambang negara perlu diletakkan pada tanda nama, tali leher dan sebagainya. Sekolah juga, melalui aktiviti RIMUP ini perlu menggalakkan murid memiliki dan mengibarkan Jalur Gemilang, mengadakan pertandingan fotografi dan melukis sempena bulan kemerdekaan. Aktiviti yang memfokuskan kepada pengenalan tokoh-tokoh dan pemimpin negara daripada pelbagai kaum serta mengetahui tempat-tempat bersejarah negara perlu diutamakan dalam aktiviti RIMUP;

11. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) perlu menambahkan peruntukan kepada program RIMUP supaya peruntukan mencukupi untuk membiayai kos pengendalian program RIMUP diperingkat sekolah. Dicadangkan supaya peruntukan RIMUP mengikut enrolmen murid (seperti PCG mata pelajaran). Selain itu, pihak sekolah perlu berusaha bagi menambahkan sumber pembiayaan aktiviti RIMUP melalui bantuan daripada agensi luar (kerajaan, NGO dan swasta). Peruntukan untuk pembiayaan kos pengendalian aktiviti RIMUP juga perlu diturunkan pada waktu yang bersesuai supaya aktiviti dapat dilaksanakan sepanjang tahun;

12. Kementerian Pelajaran Malaysia perlu membina laman web khusus RIMUP dibawah pautan laman web KPM bagi tujuan memudahkan warga sekolah dan masyarakat memperoleh maklumat mengenai RIMUP. Laman web tersebut juga akan memuatnaikkan aktiviti-aktiviti RIMUP yang telah dilaksanakan oleh sekolah-sekolah di seluruh negara. Maklumat dalam bentuk klip video dan fotograf akan dapat dijadikan panduan kepada sekolah-sekolah lain bagi melaksanakan aktiviti dengan lebih baik lagi;

13. Aktiviti RIMUP perlu memberi penekanan tinggi dalam aspek tokoh perjuangan, pemimpin negara, sumbangan kemerdekaan, sumbangan perpaduan dan karya patriotik oleh pelbagai kaum. Sekolah perlu menambah buku-buku dan maklumat berkenaan di Pusat Sumber Sekolah (PSS) dan galakan tabiat membaca buku berkenaan. Maklumat tersebut juga boleh dicapai daripada laman web;

14. Aspek kenegaraan perlu ditekankan dalam aktiviti kurikulum (P&P) yang merentasi semua mata pelajaran supaya murid murid-murid dapat mengamalkan prinsip Rukun Negara, rasa cintakan negara dan mengamalkan semangat perpaduan antara kaum; dan

15. Aktiviti khidmat masyarakat perlu diperluaskan demi meningkatkan modal integrasi masyarakat prihatin yang amat penting dalam perpaduan dan pembentukan masyarakat madani. Walau pun aktiviti ini melibatkan kos per murid yang lebih tinggi daripada aktiviti lain, tetapi pulangannya adalah besar.

Dalam sidang media selepas majlis tersebut, Timbalan Menteri Pelajaran turut menggesa agar peruntukan yang mencukupi perlu disediakan oleh kerajaan bagi menentukan agenda utama negara dapat dilaksanakan secara berkesan manakala pihak sekolah seharusnya boleh memikirkan cara-cara terbaik melaksanakannya dengan komuniti setempat menerusi kerjasama pelbagai pihak.

Dalam majlis yang sama, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Datuk Abdul Ghafar Mahmud berkata, program RIMUP terbukti “mendatangkan kesan yang positif kepada murid-murid dari segi menghayati dan mengamalkan semangat perpaduan.

“Sehubungan dengan itu, KPM sememangnya berhasrat menerus dan diperkukuhkan. Sekolah juga merupakan agen sosialisasi terancang dan berfokus untuk membentuk personaliti terpuji dan toleransi kendiri yang tinggi untuk bergaul mesra antara satu sama lain, dalam pembentukan masyarakat majmuk setempat yang berkualiti,” jelas KPPM lagi.

Teks ucapan alu-aluan KPPM itu telah dibaca oleh Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian.

Menurut Datuk Abdul Ghafar satu model baru program RIMUP akan dibentuk dengan mengambilkira beberapa input baru termasuk dapatan kajian yang dijalankan oleh Universiti Putra Malaysia dan resolusi-resolusi yang dikemukakan akan diperhalusi untuk membolehkan pelaksanaannya benar-benar mencapai objektifnya.(AKH)