Suatu proses perhubungan menolong yang  sistematik berasaskan prinsip   psikologi. Ia dijalankan oleh kaunselor  profesional bagi membantu   perkembangan dan penyesuaian peribadi klien  yang baik dan menyeluruh.   Pertemuan adalah secara sukarela dan  berterusan sepanjang hayat   berlandaskan Etika Kaunseling.
 
Kaunseling  bukan bererti nasihat, walaupun terdapat nasihat yang   diberikan.  Malah kaunselor tidak memberi jawapan secara langsung kepada   semua  persoalan klien, kerana apa yang baik untuk kaunselor tidak   semestinya  baik juga untuk klien . Keistimewaan khidmat kaunseling ialah   ia  membimbing klien mencari sumber dirinya yang menyumbang kepada isu    yang dihadapi. Penerimaan dan perakuan sumber diri adalah penting dalam    menghasilkan perubahan diri.
 
Oleh  kerana kaunseling bukan nasihat, hubungan kaunseling adalah   berbentuk  dua hala. Kaunselor cuba memahami dengan mendengar dan   memberikan  layanan serta interaksi yang baik, manakala klien   memberihalkan  masalah mereka dan cuba memahami dan mengambil tindakan   menguruskan  masalah tadi. Proses aksi dan reaksi di antara klien dan   kaunselor  turut membantu klien mengenali diri dan persoalan yang   dihadapinya.


Kaunseling adalah satu proses yang sangat penting kepada pelajar sekolah
ReplyDelete